Pages

Monday, February 14, 2011

PERMULAAN


Ø  ABSTRAK

TAJUK : KAJIAN MENGENAI TENTANG MENGAJI AL-QURAN

       Al-quran merupakan kitab suci umat Islam, dimana  redaksi maupun susunannya tidak pernah berubah dan tetap terpelihara sepanjang zaman. Dari awal hingga akhir turunnya al-Quran. Di samping itu seluruh ayat-ayatnya dinukilkan atau diriwayatkan secara mutawatir baik secara hafalan maupun tulisan.  Selanjutnya sesudah masa kenabian pengkodifikasian Al-Quran disempurnakan, sehingga sampai kepada yang kita saksikan hari ini .Perisian mengaji Al-Quran berkebolehan melatih dan mengenalipasti sebutan makhraj iaitu penyebutan huruf-huruf arab yang menjadi asas dalam pembelajaran Al-Quran. Sistem ini di bangunkan di dalam bentuk perisian adalah berasaskan kepada pembangunan teknik pengecaman pertuturan. Secara umumnya, sistem ini dibangunkan kepada 2 peringkat. Pertama ialah melatih dan menguji sistem pengecaman manakala yang kedua ialah sistem pengecaman penuturan tidak bersandar pada penutur akan di  aplikasikan bagi membangunkan sistem pembelajaran sebutan huruf makhraj.

 Dari Abu Musa Al-Asy'ariy r.a katanya:
Rasulullah s.a.w pernah bersabda: Perumpamaan orang mukmin yang membaca Al-Quran ialah seperti perumpamaan buah utrujah iaitu buah yang berbau harum dan rasanya enak. Manakala perumpamaan orang mukmin yang tidak membaca Al-Quran ialah seperti buah kurma, tidak ada baunya akan tetapi rasanya manis. Adapun perumpamaan orang munafik yang membaca Al-Quran ialah seperti buah Raihanah iaitu buah yang berbau harum tetapi rasanya pahit. Sedangkan perumpamaan orang munafik yang tidak membaca Al-Quran ialah seperti buah hanzhalah (peria) iaitu buah yang tidak ada bau sama sekali dan ditambah pula oleh rasanya yang pahit.
Akhir sekali, Membaca Al-Quran merupakan ubat segala duka yang kita hadapi. 

” Ya Allah, bantulah kami yang lemah ini untuk meninggikan nilai belajar Al-Quran yang telah Engkau turunkan kepada Rasulullah s.a.w., tunjukkanlah kepada kami jalan yang sesungguhnya agar semuanya dapat melihat ini dan merasai akan kebesaranMu ya Rabbal-’alamin”.

Penghargaan

Alhamdulillah, saya bersyukur kerana ALLAH(s.w.t) yang telah memberikan anugerah- Nya .selawat dan salam semoga sentiasa dilimpahkan ke atas Nabi Muhammad(s.a.w) yang membawa umatnya dari alam kegelapan kepada alam terang benderang.

     Syukur dan terima kasih saya sampaikan kepada Pn.Solehah yang banyak memberi kerjasama dan kepercayaan kepada saya dalam menulis kisah beliau. Terima kasih juga ingin saya tujukan kepada ibu bapa,kakak dan adik saya kerana banyak memberi sokong dan dorongan semasa saya menyiapkan CTU ini.  Serta alhamdulillah kerana saya berjaya menyiapkan semua kerja dia dengan lancar dan sistematik. Saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada pensyarah CTU151 saya , Ustaz Abdul Aziz bin Harjin kerana telah banyak membantu saya dengan memberi tunjuk ajar kepada saya tentang cara-cara membuat tugasan ini. Untuk pengetahuan semua, tujuan utama esei ini ditulis adalah untuk memenuhi penilaian untuk kursus CTU151 serta untuk mengetahui cara pn.solehah menyampaikan dakwah dengan mengajar al-quran. Mari la kita sama-sama mengetahui pengalaman beliau dalam mengajar al-quran. Sekian terima kasih.

   
Pendahuluan
   Al –Quran merupakan kitab suci umat islam. Setiap orang islam dikehendaki mempelajari Al-Quran samada membaca,memahami, menghayati dan mengamalkan amalan yang disuruh & meninggalkan amalan yang ditegah oleh islam yang terkandung dalam al-quran. Bahasa dan penulisan al-quran dalam bahasa Arab. Oleh itu, permulaan membaca al-quran harus lah memahami dan menyebut sebutan yang betul bagi setiap hurufnya. Sebutan yang betul merupakan makhruj yang tepat. Tambahan pula, setiap sebutan dalam bahasa arab sedikit perbezaan bunyi sebutan akan membawa makna yang berbeza.sebagai contoh “اى” “iyyaa” maksud tuhan manakala “اى” “iyaa” maksud matahari.

   Tetapi pada hari ini, pelbagai perisian pembelajaran mengaji al-quran sama ada dalam bentuk video, panduan membaca al-quran, mari mengaji al-quran dan sebagainya. Kebanyakkan pengisian tersebut adalah melibatkan interaksi sehala di antara pengguna demi perisian tersebut. Sebagai contoh, pengguna hanya dapat memdengar sebutan sebagai demokrasi  bahkan pengguna cuba mengikut sebutan tersebut sebagai panduan tanpa ada sebarang pengesahan untuk memastikan sama ada betul atau tidak. Justeru, pelbagai perisian harus di titikberatkan dalam penyelesaiaan masalah ini. Syukur alhamdullillah ke hadrat ILLAHI kerana umat islam masih mempunyai al-quran dan al-hadis yang masih menjadi pegangan kita sebagai umat islam dalam meneruskan kehidupan harian.

No comments:

Post a Comment