Pages

Monday, February 14, 2011

PENUTUP


Penutup
       Ini dapat disimpulkan bahawa  dakwah tidak semestinya berdakwah secara umum kepada orang ramai bahkan dakwah boleh disampaikan menerusi al-quran yang menjadi tonggak kehidupan masyarakat umat islam masa kini.

     Pn Solehah telah menjalankan tugas beliau dengan menyampaikan dakwah kepada anak didiknya dengan mengajar al-quran. Beliau turut mementingkan nilai-nilai murni dan sering mengingati anak didiknya agar sentiasa mengamalkan ilmu agama walaupun sudah berjaya kelak. Malah beliau sentiasa memberi sokongan kepada anak didiknya dan sentiasa berdoa untuk kemajuan anak didiknya.

    Beliau merupakan guru agama yang harus dikagumi dan dibanggakan kerana sentiasa merendah diri dan sentiasa membantu anak didiknya dalam pelbagai perkara seperti masalah yang berkaitan dengan agama, peribadi dan sebagainya. Nilai-nilai murni yang terdapat dalam diri beliau telah menjadi inspirasi kepada anak didiknya untuk meneruskan kehidupan dalam dunia yang kian mencabar kini dan mengamalkan nilai-nilai itu dalam diri mereka. Antaranya nilai kesabaran, kegigihan,ketabahan dan sebagainya .

    Menerusi al-quran pelbagai perkara dapat diterokai oleh umat manusia dan dijadikan panduan hidup untuk masa akan datang. Beliau pernah menyatakan al-quran merupakan kitab yang tidak akan luput ditelan zaman dan sentiasa akan bersama dengan kita sekiranya kita sentiasa mendampingnya serta membacanya dan mengamalkan apa yang ditetapkan oleh ALLAH. Pesanan beliau juga, ilmu al-quran merupakan tonggak kehidupan umat manusia dan abaikan meskipun kita sudah berjaya. Sikap mazmumah adalah sifat syaitan dan janganlah kita menjadi salah seorang pengikutnya. Tetapi sekiranya kita mempunyai ilmu al-quran maka semua ini mampu dihindari dengan mudah dan jayaan.. Insyaallah......

No comments:

Post a Comment