Pages

Monday, February 14, 2011

PENGENALAN


KONSEP DAKWAH MENERUSI AL-QURAN.

Pengenalan,

Dakwah berasal dari bahasa arab yang berarti mengajak, menyeru manusia agar mengikuti Perintah Allah atau menjalankan perintah dalam agama Islam.
Manis Bicara(Ingatan UntukKU)

Kalau seorang guru mengajar sambil duduk, Murid belajar sambil mengantuk.

Kalau seorang guru mengajar sambil berlakon, Murid belajar dengan tekun.
Kalau seorang guru mengajar tanpa alat, Murid belajar dengan ralat.
Kalau seorang guru mengajar banyak bercakap, ada murid yang bertambah gagap.
Kalau seorang guru menjadi pemudah cara, ramai murid pandai berbicara.
Kalau seorang guru mengajar tanpa menilai, tidak akan tahu murid yang bodoh atau pandai.
Kalau seorang guru berbudi bahasa, dikenang murid sepanjang masa.

    Tokoh agama yang ingin saya pertengahkan ialah seorang guru mengajar mengaji al-quran iaitu SOLEHAH BINTI AHMAD yang telah mengajar mengaji al-quran selama hampir 20 tahun sehingga kini dan mempunyai pelbagai onak duri dalam mengajar al-quran sepanjang khidmatnya. Meskipun beliau berumur dalam lingkungan dalam 61 tahun tetapi beliau masih aktif dalam mengajar al-quran. Permulaan penglibatan beliau dalam mengajar al-quran adalah bermula di tamam perumahan apabila seorang teman beliau menanyakan adakah beliau boleh mengajar al-quran kepada anak temannya?? Serta beliau menjawab ya dan bermulalah pengkhidmatan beliau dalam mengajar al-quran. Beliau mengajar al-quran anak temannya seramai 3 orang, selepas itu, anak didikan nya di taman bertambah dari masa ke semasa. Beliau pernah memberi anggaran seramai 30  orang yang pernah menerima tunjuk ajarnya dalam mengaji al-quran di taman. Beliau mengajar di taman bermula dari tahun 1992 – akhir tahun 1995. Selepas beliau berhenti mengajar di taman, beliau memulakan dakwah beliau dalam mengajar al-quran di rumah beliau pula bermula dari tahun awal tahun 1996- sehingga kini dan bilangan anak didikannya makin bertambah dari semasa ke semasa. Beliau juga mengajar mengaji dari peringkat kanak-kanak serta peringkat dewasa. Begitu lama beliau mengajar mengaji al-quran samada di rumah mahupun taman.

No comments:

Post a Comment