Pages

Monday, February 14, 2011

CARA MENGATASI


CARA MENGATASI

        beliau merupakan seorang yang memiliki hati yang murni dan sentiasa tabah menghadapi segala dugaan dan halangan semasa beliau mengajar al-quran terhadap anak didiknya sama ada di taman mahupun di rumah. Tidak dinafikan lagi bahawa beliau begitu sabar dalam menempuh segala cabaran yang mendatang malah beliau sentiasa memcari jalan bagaimana hendak mengatasi semua masalah ini. Di samping itu, beliau seorang yang berdedikasi dalam menyusun segala perancangan dalam mengajar anak didiknya mengaji al-quran. Beliau juga menggunakan cara-cara yang paling baik yang termampu oleh beliau untuk mencapai tujuan iaitu melalui motivasi, penulisan dan cara bacaan yang betul kepada anak didiknya. Tambahan pula, beliau juga mewujudkan sesebuah institusi kekeluargaan dalam diri anak didiknya bagi menaikkan semangat anak didiknya dalam mempelajari al-quran . Meskipun begitu, segala perjuangan dakwah mesti memiliki pengorbanan untuk terus berdakwah. Beliau memiliki cara tersendiri dengan menarik minat anak didiknya untuk mengaji al-quran dengan bercerita kisah-kisah nabi terdahulu dan melakukan aktiviti mingguan dengan melakukan pertandingan bacaan al-quran.    
     Bagi saya , beliau seorang yang bersungguh-sungguh  dalam menyampai dakwah menerusi al-quran meskipun beliau tahu begitu banyak dugaan yang harus di tempohinya.

No comments:

Post a Comment