Pages

Monday, February 14, 2011

PERANAN


 PERANAN.

          Beliau banyak memainkan peranan dalam mengajar anak didiknya dalam mengaji al-quran meskipun menghadapi onak duri semasa mengajar al-quran kepada anak didiknya. Walaubagaimanapun, beliau memainkan peranan dan tugas yang agak berat dan mencabar dalam mengalas tugas sebagai guru mengajar al-quran. Beliau menerima pelbagai ragam anak didiknya. Yang paling penting sekali, beliau sangat penyabar dan sentiasa berlembut dengan anak didiknya dalam mengatasi pelbagai ragam yang diterima oleh beliau. Selain itu, beliau sentiasa mengingatkan anak didiknya agar sentiasa beriman kepada ALLAH dengan melakukan perkara yang disuruh oleh ALLAH dan meninggalkan perkara yang dilarang oleh ALLAH sebagai contoh, sebelum beliau memulakan kelas mengajar al-quran, beliau akan memilih wakil dari pelajarnya untuk membaca surah al-fatihah terlebih dahulu. Bahkan, beliau juga dijadikan tempat oleh pelajarnya untuk mengetahui pasal agama islam dan mendalami al-quran dengan lebih jauh dan mendalam. Selain peranan beliau dalam mengajar al-quran. Beliau jugak turut mengajar cara mengenal hukum takwid dan cara bacaan yang betul serta maksud terjemaahan al-quran. Beliau turut memahami cara mengatasi semua masalah ini dan cara menerapkan nilai- nilai murni serta akhlak yang mulia dalam diri setiap anak didiknya. Beliau sentiasa memikirkan cara yang baik untuk menarik minat anak didiknya terus mengaji al-quran dan menerapkan nilai-nilai murni dalam diri setiap anak didiknya.

No comments:

Post a Comment