Pages

Monday, February 14, 2011

KENANGAN SUKA DUKA


Kenangan Suka & Duka........
          Sepanjang beliau mengajar, beliau mengharungi pelbagai kenangan manis dan pahit dalam kehidupan beliau. Boleh dikatakan kenangan manis mengatasi kenangan pahit. Antaranya kenangan manis ialah beliau mengatakan bahawa semua anak didiknya dapat mengkhatam al-quran dengan bacaan yang lancar. Bahkan beliau turut mengakui bahawa tiada seorang anak didiknya tergagap-gagap dalam membaca al-quran. Beliau tidak menafikan bahawa sesetengah anak didiknya tidak dapat menghabiskan bacaan al-quran atas sebab tertentu.Namun, bagi beliau, semua berkaitan dengan dakwah al-quran yang beliau sampaikan dipraktikkan oleh anak didiknya sehingga kini. Beliau juga memceritakan bahawa setiapkali tiba lebaran, sudah pasti anak didiknya akan datang menziarahinya di rumah untuk menyambut hari lembaran bersama-sama beliau meskipun semua bekas anak didiknya sibuk dengan urusan masing-masing tetapi masih sanggup datang ke rumahnya.  Beliau tidak menafikan bahawa sepangjang khidmatnya, kenangan pahit turut bersama beliau antaranya, beliau menyatakan sesetengah anak didiknya tidak menghiraukannya semasa beliau mengajar. Tambahan pula,sesetengah anak didiknya tidak selalu datang mengaji al-quran dan beliau membuat andaian sendiri bahawa anak didiknya tidak serius dalam menuntut ilmu agama al-quran. Bahkan beliau pernah memukul anak didiknya kerana tidak serius dalam menuntut ilmu al-quran.  Kejadian itu menjadi kenangan pahit bagi beliau bahkan kenangan itu masih terbayang-bayang dalam ingatannya. Tapi bagi anak didiknya, kejayaannya dalam  kehidupannya sekarang disebabkan oleh ketegasan guru agama dalam membentuk peribadi seorang muslim serta anak didiknya tidak pernah menyalahkan beliau dalam memukulnya ketika dia tidak serius dalam mengaji al-quran.

Bayaran
     Beliau tidak pernah mengambil bayaran tentang khidmatnya, beliau menyatakan bahawa beliau mengajar al-quran ikhklas semata-mata untuk berdakwah serta kerana ALLAH. Beliau tidak menolak sekirannya ibubapa anak didiknya ingin memberi bayaran kepada beliau tanpa beliau menetapkan berapa bayaran. Dia menerima semua itu dengan hati yang ikhlas. Beliau tidak pernah menetapkan bayaran dari dahulu sehingga kini.

No comments:

Post a Comment