Pages

Monday, February 14, 2011

MASALAH DAN HALANGAN


MASALAH

       Selain itu, beliau juga mengatakan bahawa tugas sebagai guru agama mempunyai banyak masalah yang harus di tempohinya antaranya masalah kenal huruf hijaiyah, tidak boleh membaca al-quran dan sebagainya. Beliau mengatakan bahawa masalah kenal huruf hijaiyah  memang masalah biasa bagi kanak-kanak yang baru ingin mengenal huruf hijaiyah serta masalah mebaca al-quran adalah sama seperti ingin mengenal huruf hijaiyah. 

Halangan

      Di samping itu, halangan yang ditempoh semasa mengajar al-quran di taman adalah pengangkutan iaitu beliau berjalan kaki dr rumahnya ke taman setiap hari dari pagi sehingga petang.  Berapa murninya hati seorang guru agama yang sanggup berjalan kaki demi menyebarkan dakwah menerusi mengajar anak didiknya membaca al-quran meskipun beliau terpaksa menempuh pelbagai halangan semasa perjalanan untuk mengajar di taman.  Di taman jugak, halangan yang terpaksa beliau tempohi  ialah kanak –kanak di taman tidak mempunyai keinginan hendak mempelajari ilmu al-quran selain mereka membuat keputusan sendiri dengan sekejap datang dan sekejap tidak datang mengaji al-quran. Beliau juga pernah merasakan ingin berputus asa dalam mengajar mengaji al-quran di sana namun, beliau berpegang pada prinsipnya iaitu berputus asa bukan jalan penyelesaian dalam berhenti berdakwah menerusi al-quran. Tetapi  dengan izin ALLAH, beliau mampu bertahan untuk menyebarkan dakwah di taman selama hampir 4 tahun di taman.  Selepas itu,beliau kembali mengajar mengaji al-quran di rumahnya, namun, halangan masih ada tetapi tidak sehebat di taman kerana di rumah, ramai anak didiknya lebih menumpu perhatian dalam mengaji al-quran kerana kelas mengaji al-quran  dibuka pada sebelah petang iaitu selepas waktu persekolahan, ini membuatkan anak didiknya berasa waktu petang mereka terisi dengan mempelajari ilmu al-quran dengan lebih memdalam lagi tanpa sebarang gangguan.

No comments:

Post a Comment